ARTIKEL

Johnny Pang dan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama tetamu kanaman lain mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Pengurusan kewangan Sarawak berhemah – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pengurusan kewangan Sarawak berhemah.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak mengambil pendekatan sistematik dalam menguruskan kewangan negeri.

Dengan peningkatan hasil, beliau menekankan keperluan perbelanjaan negeri memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih strategik.

“Kita mesti menjimatkan wang untuk masa depan. Elakkan kemewahan. Berbelanja perkara strategik dan selamatkan yang lain.

“Kita ada RM400 juta hingga 600 juta diperuntukkan kepada dana negara untuk masa depan. Jadi pengurusan kewangan kita berhemah. Kita tidak berbelanja berlebihan.

“Kita mengikut falsafah Cina. Selalunya orang bertanya kepada orang Cina jika mereka membuat keuntungan. Mereka akan cakap tidak, cukup untuk makan,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu, hari ini.

Johnny Pang menyerahkan kaligrafi Cina kepada Abang Johari semasa sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina SUPP Bintulu di Restoran Dinner Wolrd Bintulu, pada Khamis.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.