ARTIKEL

Pengurusan yang cekap untuk kestabilan syarikat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi semua pemain industri tanah air, termasuk syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd.
Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah (gambar) berkata, ini kerana banyak sektor yang terjejas akibat penularan Covid-19 melanda seluruh negara.
“Dalam situasi ini, strategi dalam pengurusan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi untuk menempuh cabaran yang melanda.
“Selain itu, kita juga harus tidak bergantung kepada satu sumber sahaja untuk mengekalkan kedudukan dan kestabilan operasi syarikat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual khas bersama hos Ibrahim Sani dalam segmen Notepad “Arah Tuju Serba Dinamik Menjelang 2021” di Astro Awani malam Jumaat lalu.
Menurutnya, Serba Dinamik disifatkan sebagai syarikat yang cepat berkembang dengan kekuatan yang dimiliki.
Ujar beliau, syarikat ini bukan sahaja bergantung kepada sumber minyak dan dan gas, malah turut aktif memainkan peranan dalam bidang lain dalam industri tanah air.
“Kita tahu bahawa setiap organisasi dan rakan kongsi itu mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. “Bagaimanapun, kita perlu sentiasa positif dan berusaha untuk terus ke depan bagi memastikan perniagaan berjalan lancar sesuai matlamat yang ditetapkan,” katanya lagi.
Beliau menjelaskan Serba Dinamik juga menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi dari negara luar untuk meningkatkan pelaburan ke peringkat antarabangsa.
“Perancangan kita buat masa ini adalah untuk memanfaatkan dana yang sedia ada bagi menggerakkan beberapa kontrak yang ditandatangan pada 2021.
“Ini termasuk penyediaan penempatan latihan swasta (Private Replacement exercise) dan beberapa projek lain yang dirancang,” katanya.
Terdahulu, syarikat Serba Dinamik ialah kumpulan perkhidmatan tenaga antarabangsa yang menyediakan penyelesaian kejuruteraan bersepadu untuk minyak dan gas, petrokimia, industri penjanaan kuasa, air dan air sisa dan utiliti.
Perniagaan utamanya adalah dalam operasi dan penyelenggaraan (O&M), dan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), Penyelesaian IT dan Pendidikan & Latihan.
Serba Dinamik Holdings mempunyai pejabat operasi di Malaysia, Indonesia, UAE, Bahrain, Qatar, Singapura, India dan UK. Serba Dinamik Holdings sebuah syarikat pemegang pelaburan dan terlibat terutama dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan