BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming menyambut baik inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menganjurkan program kesedaran pengurangan penggunaan gula serta sesi taklimat keselamatan dan kebersihan premis makanan kepada pengusaha restoran dan kedai kopi di sini.
Menurut beliau, program tersebut bukan sahaja memberi kesedaran kepada pengusaha mengenai aspek pemakanan sihat, malah turut membuka ruang dialog antara pihak berkuasa dan persatuan pengusaha makanan bagi memperkukuh tahap kebersihan di setiap premis.
“Saya cadangkan supaya selain taklimat, kita juga adakan sesi dialog bersama persatuan pengusaha kedai kopi dan restoran. Ini penting kerana isu kebersihan memberi kesan besar kepada masyarakat. Tiada siapa yang mahu makan di tempat yang kotor,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Taklimat Keselamatan dan Kebersihan Premis Makanan di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu pada Isnin.
Beliau berkata, antara isu yang sering dibangkitkan termasuk kehadiran tikus, lipas, lalat serta keadaan sistem saliran yang tidak terurus.
“Pada masa akan datang, saya berharap dapat berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan, khususnya Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), KKM dan persatuan terlibagilqereermencari kaedah terbaik mengatasi masalah kebersihan ini,” ujarnya.
Tambahnya, proses penggredan premis makanan juga wajar diperketat bagi memastikan penilaian yang lebih menyeluruh termasuk keadaan dapur dan tandas.
“Sekiranya sesuatu premis diberi gred A, ia bermaksud keseluruhan aspek kebersihannya bertaraf A — bukan hanya bahagian luar, tetapi juga dapur dan tandas. Kita mahu ada piawaian yang seragam seperti hotel bertaraf lima bintang,” tegas ADUN Tanjong Batu itu.
Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan secara berkala agar pengusaha kedai kopi dan restoran sentiasa peka terhadap kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan demi kesejahteraan penduduk Bintulu.

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan
BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

