BAU: Taktik berselindung seorang peniaga peralatan sembahyang menggunakan premisnya untuk menjual loteri haram terbongkar, apabila dia ditangkap sekitar tengah hari Rabu lalu.

Wanita berusia 45 tahun itu ditangkap oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau ketika sedang menjalankan kegiatan berkenaan di premisnya di pusat penjaja Bau.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon, turut dirampas kertas putih yang tercatit angka loteri haram, sebatang pen dan wang tunai sebanyak RM59.

“Wanita terbabit yang disyaki menjual loteri haram bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Poge berkata semakan rekod mendapati wanita berasal dari Buso itu tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

Katanya  kes disiasat mengikut Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau penjara lima tahun.

Premis menjual peralatan sembahyang yang digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan menjual loteri haram.

 

Rampasan loteri haram dan wang tunai dari seorang wanita yang disyaki menjual loteri haram di Bau.

 

Rampasan loteri haram dan wang tunai dari seorang wanita yang disyaki menjual loteri haram di Bau.