ARTIKEL

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Peniaga rugi RM270,000 ekoran tertarik iklan pelaburan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang peniaga di sini kerugian sebanyak RM270,000 ekoran tertarik dengan iklan pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, lelaki berumur 50 an itu membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada semalam.

Katanya, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan tersebut ketika melayari aplikasi Facebook pada 25 Oktober lalu.

“Seterusnya, mangsa telah berhubung dengan suspek bernama Dick dan Jenny melalui panggilan telefon untuk mendaftar pelaburan tersebut.

“Mangsa kemudiannya dimasukkan dalam kumpulan Whatsapp bernama Whale Program (Dolphins) yang diketuai oleh suspek bernama Kevin sebagai pengerusi dan penama Dick sebagai guru yang mengajar berkenaan pelaburan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mancha berkata, mangsa telah ditawarkan dengan pulangan keuntungan sebanyak 20 peratus setiap kali membuat pelaburan.

Katanya, mangsa telah diberikan fail APK dan mendaftar pada aplikasi Exgcoo untuk urusan pelaburan.

“Mangsa telah melakukan 10 kali transaksi pindahan wang secara berperingkat bermula dari hujung Oktober hingga pertengahan November lalu kepada tiga akaun berbeza berjumlah lebih kurang RM270,000,” ujarnya.

Beliau berkata, mangsa sedar telah ditipu apabila suspek meminta mangsa untuk membuat pembayaran tambahan sedangkan belum menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan