ARTIKEL

Peniaga lesap RM692,500 terpedaya ’phone scam’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang peniaga berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM692,500 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan ’phone scam’ yang mendakwa mangsa terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berusia 38 tahun itu menerima panggilan telefon pada 28 Jan lalu daripada individu yang mendakwa dari Komunikasi Digital di Putrajaya yang kononnya mangsa terlibat dengan penipuan wang haram.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu yang mengaku sebagai ACP Ismail dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Perlis sebelum diminta memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia serta mengisi maklumat diri akaun Affin Bank dan Bank Islam miliknya.

“Mangsa pada 30 Jan lalu, memindahkan wang sebanyak RM300,000 dari akaun Affin Bank miliknya ke akaun pihak ketiga (mule) secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata mangsa seterusnya pada 4 Feb lalu telah memindahkan sebanyak RM400,000 dari Tabung Haji ke dua akaun miliknya.

“Pada 6 Feb, suspek telah melakukan pemindahan wang milik mangsa ke dua akaun bank berbeza secara berperingkat.
“Semasa mangsa membuat semakan terhadap akaun miliknya itu, dia mendapati wang telah hilang sebanyak RM692,500 dan terus bertindak menyekat kesemua akaun bank miliknya,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus