ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis dari bilik Mahkamah Sesyen.

Penjaga Bilik Kebal Dipenjara Dan Disebat Kerana Pecah Amanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah ambil wang ‘deno’ 100 bernilai RM47,300 dalam simpanan bilik kebal, seorang penjaga bilik kebal dipenjara satu tahun lapan bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh berusia 44 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon.

Mengikut pertuduhan, dia yang diamanahkan menjaga tempat tersebut melakukan pecah amanah wang milik syarikat penyedia khidmat pelbagai keselamatan di bilik kebal di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 18 Mac 2025.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan wakil syarikat membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang deno 100 bernilai RM47,300 yang hilang di dalam simpanan bilik kebal.

Kejadian itu disedari pada 24 Mei 2025 sekitar 11 pagi selepas pasukan syarikat membuat pengiraan semula semua yang ada di dalam bilik kebal terbabit.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku mengambil wang tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Semasa sebutan kes, tertuduh memohon agar hukuman ringan dikenakan ke atasnya kerana perlu menjaga isteri dan anak-anaknya.

Dia mengaku mengambil wang terbabit untuk membayar hutang along selain digunakan untuk anak ketiganya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk