ARTIKEL

SAH...Haziq Nadzli

Penjaga gol ASEAN All-Stars pilih beraksi untuk Kuching City FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Calon penjaga gol terbaik Anugerah Bola Sepak Malaysia 2025, Haziq Nadzli, 27, diumumkan selaku pemain baharu Kuching City FC (KC FC).

Perkara itu diumumkan oleh kelab The City Boys menerusi laman rasmi Facebook sekali gus dijangka memperkukuh benteng terakhir pasukan dalam menghadapi saingan baharu Liga Malaysia musim ini.
Pemain berasal dari Terengganu itu sebelumnya telah dipinjamkan ke Perak FC dari Johor Darul Takzim (JDT) dan telah membuat 18 penampilan bersama Perak dengan merekodkan 1,626 minit masa permainan.

Penampilan cemerlangnya bersama Perak dengan melakukan purata enam hingga tujuh perlawanan tanpa bolos menjadikannya pilihan utama selaku penjaga gawang utama Perak musim 2024-2025.

Terdahulu, beliau turut terpilih selaku penjaga gawang utama ketika pasukan ASEAN All-Stars berjaya menentang pasukan Manchester United baru-baru ini.

Untuk rekod, beliau menyertai skuad kebangsaan menerusi pasukan bawah 16 tahun (U16), U19 dan U23.

Seterusnya, Haziq memasuki skuad senior kebangsaan selepas dipanggil pada 22 Mac 2018 menentang Mongolia dan menerima panggilan semula pada Piala AFF Disember 2024.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU