ARTIKEL

Gambar hiasan

Penjaga Pusat Hiburan Didenda RM3,000 Kerana Operasi Tanpa Lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penjaga pusat hiburan dijatuhkan hukuman denda RM3,000 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana menjalankan operasi pusat hiburan tanpa lesen.

Chu Kwan Chen, 24, dari Sabah itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5 (3) Ordinan yang sama.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah bistro di Galacity, Jalan Tun Jugah, sekitar 12.35 tengah malam, 6 September lepas.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, sempena Op Pusat Hiburan, sepasukan polis membuat satu serbuan di sebuah bistro yang disyaki menjalankan pusat hiburan tanpa lesen sah.

Terdapat beberapa orang sedang berhibur selain seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai penjaga premis tersebut.

Hasil pemeriksaan, tertuduh gagal mengemukakan lesen perniagaan pusat hiburan yang sah, sekali gus membawa kepada penahanan tertuduh.

Barang-barang turut dirampas seperti sebuah televisyen, dua unit mikrofon, seunit alat monitor karaoke dan seunit pembesar suara.

Laporan daripada pihak berkuasa tempatan juga mengesahkan bahawa tiada lesen hiburan dikeluarkan atas nama pusat hiburan tersebut.

BERITA LAIN

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta