ARTIKEL

Michael berucap dalam program APHC 2025, di BCCK, di sini, hari ini.

Penjagaan paliatif di Sarawak terus diperkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penjagaan paliatif di Sarawak terus diperkasa melalui Persidangan Penjagaan Paliatif Hospis Asia Pasifik Ke-16 2025 (APHC 2025) yang menekankan prinsip penjagaan paliatif penuh belas ihsan, inlusif, dan berkualiti.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, persidangan yang menghimpunkan lebih 1,200 delegasi dari 30 negara itu mencerminkan usaha serantau dalam menyediakan penjagaan akhir hayat yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, budaya atau lokasi.

Menurutnya, sebagai seorang pakar kardiologi dan anak jati Sarawak, beliau menyedari kuasa transformatif penjagaan yang penuh belas kasihan.

Michael bersama-sama tetamu kehormat merakam kenangan dalam program APHC 2025, di BCCK, di sini, hari ini.

Tambahnya, persidangan yang berlangsung dari 23 hingga 26 April itu mengangkat tema ‘Merangkul Kepelbagaian, Memperkasa Komuniti’, selari dengan identiti Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian budaya, keharmonian sosial serta semangat komuniti yang erat.

Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua profesional kesihatan, penjaga, sukarelawan, penyelidik serta pejuang komuniti yang mendedikasikan kehidupan mereka dalam usaha meringankan penderitaan insan lain.

“Andalah wira sebenar dalam bidang ini dan kerja anda amat bermakna.

“Saya berharap ia menjadi satu perjalanan yang memberi inspirasi, penuh makna, dan membuahkan hasil buat kita semua,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU