ARTIKEL

Penjawat Awam Diseru Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Merdeka – KSN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini menyeru seluruh penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan tempat kerja masing-masing bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Tunjukkan semangat patriotisme dan semarakkan roh MERDEKA!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi poster yang dimuat naik bersama hantaran itu, Shamsul Azri berkata semangat kemerdekaan tidak seharusnya bermusim sebaliknya perlu didakap kemas pada setiap masa walau di mana-mana sahaja.

“Saya takrifkan semangat MERDEKA ini dengan singkatan akronim: Menumpah Taat Setia, Empati kepada rakyat, Relevan, Dedikasi, Emosi, Karismatik dan Amanah,” katanya menerusi poster berkenaan.

Pada 27 Julai lepas, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang diadakan bagi menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan penduduk sekali gus memastikan semangat patriotisme sentiasa berada pada tahap tertinggi.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU