ARTIKEL

Penjawat awam, pesara swasta rugi ratusan ribu ringgit akibat terpedaya penipuan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Terpedaya dengan keuntungan lumayan, membuatkan seorang penjawat awam kerugian lebih setengah juta akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata lelaki berusia lewat 50-an itu mengenali seorang lelaki bernama Chong melalui Facebook pada awal Julai lalu, dengan suspek memperkenalkan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan melalui platform ‘Yomaex’ kepada mangsa.

“Mangsa yang berminat kemudian membuka dua akaun pelaburan dalam platform berkenaan, dan seterusnya melakukan 43 transaksi pemindahan wang berjumlah kira-kira RM540,000 ke 16 akaun bank atas nama syarikat yang berlainan pada Julai sehingga Oktober lalu.

“Menurut mangsa, dia hanya mendapat pulangan dua kali berjumlah kira-kira RM8,400 sahaja sepanjang menyertai pelaburan itu dan hanya menyedari ditipu setelah mendapati laman sesawang Yomaex tidak dapat diakses dan suspek gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala dalam satu kes berasingan, Mancha berkata seorang wanita yang merupakan pesara swasta lesap wang simpanannya sebanyak kira-kira RM200,000 selepas ditipu rakan Facebook bernama Aliana Soh.

Katanya mangsa yang berumur dalam lingkungan 60-an menerima mesej daripada suspek melalui Facebook Messenger pada Oktober lalu, yang mengatakan mangsa tersenarai sebagai pemenang ‘United Nation & Facebook Programme’ yang dipilih secara rawak oleh Facebook.

Beliau berkata mangsa kemudian memilih hadiah berjumlah USD100,000 sebelum suspek memberikan nombor telefon ejen untuk dihubungi oleh mangsa.

Katanya selepas itu, mangsa menghubungi ejen itu melalui Whatsapp bagi menebus hadiah berkenaan, namun dia diminta membuat pelbagai bayaran sebelum hadiah dapat ditebus.

“Mangsa kemudian melakukan 17 transaksi pemindahan wang berjumlah RM200,000 melalui kaunter bank dan mesin ATM ke enam akaun bank atas nama individu yang berlainan pada Oktober lalu,” katanya.

Mancha berkata mangsa hanya menyedari ditipu setelah diminta membuat bayaran tambahan sedangkan hadiah USD100,000 masih belum diperolehi.

Justeru, katanya kedua-dua kes yang dilaporkan di Kuching itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial