ARTIKEL

Penjawat awam rugi lebih RM8,000 diperdaya tawaran pulangan tunai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM8,999 selepas terperdaya dengan tawaran “Cashback Shopee” oleh individu tidak dikenali secara dalam talian, pada Rabu.

Kejadian berlaku selepas wanita berusia 30-an itu menerima panggilan daripada individu terbabit yang mendakwa dirinya daripada platform jual beli barang tersebut.

“Suspek mengatakan mangsa telah mendapat pulangan tunai bernilai RM3,000 dan menghantar pautan Shopee menggunakan WhatsApp kepada mangsa.

“Mangsa telah mengisi maklumat perbankan beliau termasuk kata laluan, nama pengguna dan nombor pin kad ATM. Selepas itu, mangsa menerima mesej daripada bank mengatakan tiga transaksi telah dibuat,” kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata wanita berkenaan membuat semakan di bank dan mendapati tiga transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang tidak diketahui telah dilakukan tanpa pengetahuan mangsa.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Zulkipli turut menasihati orang ramai supaya melakukan semakan dan berhati-hati terhadap mana-mana tawaran yang diterima dan tidak memberikan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Untuk nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/03-26101599 dan mengikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP@JSJKPDRM.

Orang ramai juga boleh membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.- BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan