ARTIKEL

BERCAKAP… ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) SEDC (Pindaan) di DUN Sarawak. FOTO: UKAS

Penjenamaan Semula SEDC Perkukuh Imej di Peringkat Antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penjenamaan semula Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) akan menjadi asas penting kepada transformasi perbadanan ke arah sebuah organisasi yang lebih kukuh dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa.

ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, pindaan ini bukan sekadar perubahan dari segi nama atau struktur pentadbiran semata-mata, tetapi satu langkah strategik bagi memastikan perbadanan terus relevan, kompetitif dan selari dengan perkembangan ekonomi global serta aspirasi pembangunan Sarawak.

“Pindaan pertama yang melibatkan pertukaran nama ke dalam bahasa Inggeris signifikan kerana memberikan identiti yang lebih moden, profesional dan mudah dikenali di peringkat antarabangsa.

“Nama baharu ini mencerminkan imej korporat yang lebih dinamik dan progresif, sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi sebuah ekonomi maju berteraskan inovasi, pelaburan dan pembangunan mapan.

“Penjenamaan semula ini dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing kerana ia menampilkan imej organisasi yang lebih global dan mesra perniagaan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) SEDC (Pindaan) di DUN Sarawak, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil