ARTIKEL

Penjual sayur terlepas tali gantung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi semalam mengarahkan seorang penjual sayur yang terbabit dalam kes pembunuhan isterinya seorang warga Indonesia dibebaskan setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keragu-
an munasabah kes terhadapnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lee Heng Chong mengarahkan Jong Siew Phin, 37, dibebaskan setelah pihak peguambela berjaya menyakinkan mahkamah bahawa tertuduh tidak terlibat langsung dengan kes berkenaan.
Peguambela Muhamad Fairuz Masri dan Jubilant Austinway memenangi kes berkenaan dengan mengemukakan tiga saksi pada masa pembelaan diri.

Tertuduh memberi keterangan bahawa dia sedang berada di dalam kawasan kampung dan menjual sayur ketika kes pembunuhan isterinya berlaku di rumah mereka.

Siew Phin didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan isterinya Natalia Ba’oon dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Musli Abdul Hamid mengemukakan 26 bahan bukti termasuk sebilah pisau pemotong daging yang merupakan senjata yang digunakan dalam pembunuhan berkenaan.

Tertuduh disyaki melakukan pembunuhan dengan niat bersama-sama seorang lagi yang masih bebas pada jam 7 pagi hingga 1 petang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bedup Longgok, Serian pada 9 Februari
2018.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU