ARTIKEL

Armizan bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Penguatkuasaan Menangani Isu Ketirisan Barang Kawalan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. FOTO: RAMIDI SUBARI

Penjualan barang bersubsidi diperketatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengenal pasti zon khas di kawasan berdekatan sempadan untuk melaksanakan penjualan barang kawalan tanpa subsidi di Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan bahawa langkah ini penting kerana penjualan barang bersubsidi masih berlaku di kawasan sempadan.

“Penentuan zon khas di kawasan sempadan ini penting untuk membolehkan penjualan barang kawalan tanpa subsidi kepada negara jiran,” katanya.

Rakaman kenangan sebelum sesi mesyuarat. FOTO: RAMIDI SUBARI

Antara barangan yang akan dijual di kedai khas di kawasan sempadan termasuk minyak masak (botol), gula premium, dan gas petroleum cecair (LPG). Penjualan tong gas tanpa subsidi yang pernah diperkenalkan sebelum ini juga akan dikembalikan.

Beliau mengumumkan perkara ini pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Penguatkuasaan Menangani Isu Ketirisan Barang Kawalan di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Dengan mekanisme ini, KPDN berharap dapat menangani kes penyeludupan dan memudahkan rakyat di kawasan sempadan, seperti Indonesia dan Thailand, untuk membeli barangan terkawal tanpa subsidi.

Menteri juga menyatakan bahawa KPDN akan berbincang dengan Kerajaan Sarawak dan pihak lain bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk zon khas ini.

“Perbincangan akan melibatkan kedai sedia ada di kawasan itu untuk melaksanakan zon khas ini,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa konsep serupa pernah dilaksanakan di Pulau Sebatik, Sabah-Indonesia, tetapi dihentikan berikutan masalah teknikal.

“Penjualan pada peringkat awal laris, tetapi terdapat isu apabila rakyat tempatan mendapatkan bekalan dari Tawau, Sabah, dan menjual kepada rakyat Indonesia secara haram,” jelasnya.

Tetamu kehormat merakam gambar kenangan selepas ikrar KITA GEMPUR. FOTO: RAMIDI SUBARI

Kini, usaha sedang dijalankan untuk memperkasakan pemantauan di Pulau Sebatik serta memperkenalkan kebenaran menjual barang tanpa subsidi di sempadan tersebut.

Dalam usaha mengekang ketirisan penjualan diesel, beliau memaklumkan bahawa penggunaan fleet card sedang dipertimbangkan untuk dibawa ke jemaah Menteri Persekutuan di Sarawak dan Labuan.

“Kaedah ini kini digunakan di Semenanjung Malaysia di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk memantau data penggunaan sektor-sektor terlibat. Ia juga boleh dipertimbangkan untuk penyeluran subsidi nelayan yang kini menggunakan MyCard,” katanya, sambil meminta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meneliti penggunaan fleet card dalam penyeluran subsidi diesel.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU