ARTIKEL

Penstrukturan subsidi langkah yang tepat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penstrukturan semula pemberian subsidi merupakan satu langkah tepat bagi memperkukuh kewangan negara, kata Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

“Subsidi bersasar adalah cara untuk sesebuah negara kembali ke landasan dan membuat pembaharuan khususnya dalam perkembangan ekonomi.

“Penstrukturan semula ini mesti dilaksanakan dan ia tidak dapat dielakkan, kerana tiada negara dalam dunia ini terus berbelanja tanpa kawalan,” katanya ketika ditemui media pada pelancaran Program Jualan Rahmah (PJR) di Emart Moyan Sdn Bhd, di sini.

Tambahnya subsidi bersasar yang dilaksanakan membolehkan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Berkenaan Program Jualan Rahmah yang berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober, Chong berkata ia merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat dalam keadaan ekonomi ketika ini.

Antara yang ditawarkan termasuk ayam seekor dengan harga lebih murah RM7.99 sekilo berbanding harga asal RM10.39.

Selain itu kentang ditawarkan pada harga RM0.99 sen sekilo (harga asal RM2.50) dan telur gred B untuk 30 biji pada harga RM13.99 (harga asal RM18.50).

“Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini memang fokus untuk membantu rakyat khususnya golongan B40 dan M40 susulan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

“Ini adalah salah satu daripada cara kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban ekonomi ketika ini,” katanya yang turut berterima kasih kepada KPDN dan Emart Moyan kerana bekerjasama untuk menjayakan program itu.

PJR merupakan jualan keperluan harian yang terdiri daripada barangan makanan (mentah atau siap) dan barang bukan makanan yang dikategorikan sebagai barangan keperluan harian.

Program ini dilaksanakan dengan penglibatan peruncit, pemborong dan pengeluar yang digalakkan memberi pengurangan harga barangan sekitar 10 peratus hingga 30 peratus berbanding harga pasaran semasa.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU