ARTIKEL

Muhammad Khairullah Muhammad Marzidi bersama dengan hadiah dan sijil yang dimenanginya di Tapak Pesta Sarikei 2025.

Pensyarah IPGKS Menang Cipta Logo Pesta Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) memenangi Pertandingan Mencipta Logo Pesta Sarikei 2025, mengetepikan sebanyak 128 penyertaan lain dari seluruh negara.

Muhammad Khairullah Muhammad Marzidi, 33, memperkenalkan konsep logo bertemakan ‘Daerah Nanas, Bersatu Dalam Budaya, Kaya Dengan Warisan’, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan menjadikan rekaan beliau sebagai logo rasmi pesta berkenaan.

Anak jati Sarikei itu kini bertugas di Jabatan Pendidikan Seni Visual IPGKS sejak tahun lalu, selepas lebih sedekad berkhidmat di luar daerah dan negeri sejak 2009.

Menurut Khairullah, penyertaannya dalam pertandingan itu bukan sekadar untuk bersaing secara kreatif, sebaliknya sebagai platform untuk menyumbang kepada tanah kelahirannya yang sentiasa dekat di hati.

“Saya melihat pertandingan ini sebagai ruang untuk menzahirkan rasa cinta terhadap Sarikei. Walaupun sudah lama bertugas di luar, saya sentiasa mencari peluang untuk menyumbang sesuatu kepada tempat asal saya,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambah beliau, pemilihan nanas sebagai elemen utama dalam reka bentuk logo ialah simbolik kepada kekuatan ekonomi tempatan serta identiti dan kebanggaan masyarakat Sarikei.

Khairullah berkata, logo tersebut dihasilkan dengan penuh penghayatan agar ia bukan sahaja memberi identiti visual kepada festival berkenaan, tetapi juga berperanan sebagai pemangkin untuk memartabatkan nama Sarikei di persada lebih tinggi.

Logo ciptaan beliau digunakan sepanjang Pesta Sarikei 2025, bermula 25 Julai hingga 3 Ogos.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU