ARTIKEL

Pensyarah Politeknik Kuching cipta Papan Permainan Pendidikan Israk Mikraj

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keprihatinan menyediakan alat bahan bantu mengajar (BBM) untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mendorong tiga orang pensyarah Politeknik Kuching, menghasilkan Papan Permainan Pendidikan Israk Mikraj (MIKRAJ).

Gabungan idea Mohamad Faizal Ahmat, Mohamad Shahrin L Bari dan Ts. Wida Yanti Mohammad Zen Umar mencetus inovasi penciptaan permainan (edutainment) yang menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj melalui pendekatan yang tersendiri itu.

Pelajar menunjukkan minat dalam permainan Mikraj.

Lebih menarik, MIKRAJ boleh diakses menggunakan telefon pintar dalam bentuk aplikasi elektronik malah, penggabungan permainan dalam bentuk interaktif itu juga mampu meningkatkan kefahaman pemain.

Pengarah Politeknik Kuching Hikmatullah Hajid Ahmad Khan, berkata, papan permainan itu mempunyai 100 keping kad yang terdiri daripada Kad Misi, Kad Ibrah dan Kad Solat.

Pelajar menunjukkan minat dalam permainan Mikraj.

“MIKRAJ sangat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar di dalam kelas bagi kursus Pendidikan Islam, di samping penghasilan inovasi berbentuk papan permainan ini sesuai dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak ataupun dewasa.

Ia juga boleh dijadikan permainan seisi keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara Mohamad Faizal selaku ketua projek inovasi ini berkata, permainan MIKRAJ adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.

Katanya, idea terhasil daripada forum dan kuliah peristiwa israk mikraj yang biasanya disampaikan melalui ceramah.

“Pendekatan untuk mempelbagaikan bentuk penyampaian diambil agar lebih menarik dan menghiburkan, lalu terhasilnya papan permainan ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman Facebook ‘Mikraj Eduboard’,” ujarnya ringkas.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU