ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan Majlis Mangkung Tiang Rumah Sara di Nanga Dendang, Ulu Wak, Pakan.

Penubuhan agensi pembangunan wilayah percepat pembangunan luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Penubuhan agensi pembangunan wilayah seperti Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA) mempercepat pembangunan luar bandar.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan Majlis Mangkung Tiang Rumah Sara di Nanga Dendang, Ulu Wak, Pakan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sejumlah RM1.5 bilion kepada agensi berkaitan merupakan komitmen nyata untuk memajukan sosioekonomi rakyat, termasuk di Kapit.

Sehubungan itu, katanya politik harus menjadi alat pembangunan, bukan medan untuk bertelagah sesama sendiri. Dengan kerjasama erat, pembangunan kawasan luar bandar akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

“Dalam memperjuangkan hak Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kita perlu bersatu.

“Tidak kira parti—bukan hanya GPS. Marilah sama-sama menyokong usaha mempertahankan hak dan membangunkan negeri ini,” katanya dalam hantaran di Facebook selepas menyempurnakan Majlis Mangkung Tiang Rumah Sara di Nanga Dendang, Ulu Wak, Pakan semalam.

Majlis tersebut, kata Nanta, merupakan satu upacara adat penting masyarakat Iban sebagai tanda kesyukuran dan permulaan kehidupan yang lebih sejahtera di rumah panjang baharu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit mengucapkan syabas kepada penghuni Rumah Jala yang kini mempunyai 31 pintu bilik lengkap dengan bekalan elektrik, air serta jalan simen hingga ke hadapan rumah, sekali gus menjadi bukti kemajuan prasarana luar bandar yang berterusan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan, ADUN Baleh Nicholas Kudi serta Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya Datuk Alvin Runggah Jimbun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU