Trending

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak sasar kesejahteraan masyarakat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak yang berkuat kuasa pada 1 September lalu akan menggantikan Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penggantian ini selaras dengan tonggak Malaysia Madani dengan menyasarkan kesejahteraan masyarakat, menjaga keselamatan, dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

Katanya, penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ pada 24 Februari 2023 merupakan solusi terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing.

“Jabatan ini diyakini berupaya memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat khususnya kanak-kanak berlandaskan lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, pemulihan dan integrasi dalam masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, kata Nancy Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak  menerusi Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak serta pembantu pelindung akan menggerakkan usaha komuniti di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 ke 105 daerah di seluruh negara.

Selain itu, katanya Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak juga telah meluluskan pelantikan sebanyak 169 perjawatan kontrak daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred bagi tahun 2023.

“Tujuannya bagi memperkukuhkan struktur di peringkat ibu pejabat dan seterusnya di daerah serta jajahan sekali gus memastikan kecekapan dan perkhidmatan efektif dapat diberikan terhadap kanak-kanak di negara ini,” tambahnya.

Beliau dalam kenyataan sama menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan kerana telah meluluskan penubuhan jabatan tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru