ARTIKEL

RAKAM KENANGAN...Awla Dris (duduk ditengah) bergambar bersama ahli koperasi tersebut.

Penubuhan koperasi buka peluang pekerjaan, pacu ekonomi setempat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Penubuhan Koperasi Homestay Berambeh Simunjan Berhad dilihat sebagai langkah tepat untuk memajukan sektor pelancongan di daerah Simunjan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, menyatakan bahawa penubuhan koperasi ini akan membuka banyak peluang pekerjaan dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

“Kita percaya koperasi ini akan menjadi platform untuk memperkenalkan budaya dan tradisi tempatan kepada pelancong, baik dari dalam mahupun luar negara, yang seterusnya memberi impak positif kepada ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Awla berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan Koperasi Homestay Berambeh Simunjan Berhad semalam.

Beliau menambah bahawa koperasi ini ditubuhkan untuk mengembangkan industri pelancongan dengan memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan inap desa yang berkualiti.

“Koperasi ini juga akan memupuk semangat kerjasama dan gotong-royong dalam kalangan penduduk setempat, dengan menguruskan sumber yang ada secara cekap dan berkesan,” jelasnya.

“Ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan daya saing ekonomi komuniti di daerah Simunjan,” tegas beliau.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Simunjan, Melinda James, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Samarahan, Mohamad Hassan Matsapar, Pengerusi Koperasi Homestay Berambeh Simunjan Berhad, Daud Tamin, serta ahli-ahli koperasi terbabit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU