BINTULU: Projek menaik taraf jalan pembalakan ke Penempatan Semula Metalun (Fasa 6) dan cadangan pembinaan jalan baharu ke Skim Penempatan Semula Sungai Asap akan bermula tidak lama lagi.
Menurut ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon, projek ini amat diperlukan oleh masyarakat tempatan.
Beliau berkata, projek tersebut juga memenuhi hasrat rakyat di kawasan berkenaan untuk mempunyai kesalinghubungan jalan raya yang lebih baik.
Beliau juga menyeru masyarakat untuk bekerjasama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut.
“Kelulusan kerajaan terhadap projek ini juga menunjukkan komitmen yang kuat untuk membangunkan infrastruktur di kawasan luar bandar,” tambahnya.
Beliau berkata demikian pada mesyuarat penyelarasan keduadua projek yang diadakan di Pejabat Jabatan Kerja Raya Bintulu, kelmarin.
Hadir sama jurutera Bahagian Kapit, Jawa Gara, dan penolong jurutera, Christopher Donovan

