ARTIKEL

Penularan wabak malaria di Ulu Baram terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Penularan wabak malaria yang melanda Ulu Baram dalam keadaan terkawal, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri telah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani penularan tersebut.

Lukanisman ditemui media selepas menyempurnakan Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) di Dewan Suarah Bau.

“Dan juga semua prosedur untuk menangani kes malaria ini memang telah dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian.

“Kita masih menunggu laporan dan jangan bimbang memandangkan keadaan di sana seperti di Long Lellang banyak aktiviti yang berlaku di kawasan tersebut yang mungkin menjadi punca kepada jangkitan malaria,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) di Dewan Suarah Bau, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam laporan media, seorang doktor di Miri menggesa pihak kesihatan untuk bertindak segera akan kemungkinan penularan wabak malaria di Ulu Baram ekoran dua kes direkodkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Perubatan Hospital Columbia Miri Dr Roland Dom Mattu berkata, tindakan pantas mesti diambil atau berisiko menjejaskan industri pelancongan di kawasan pedalaman.

Ia ekoran dua saudaranya dari Long Lellang dikesan positif malaria baru-baru ini dan berharap pengunjung yang bergerak ke kawasan kampung atau kawasan pedalaman yang lain berwaspada sekiranya dijangkiti.

Beliau turut menggesa mereka yang mempunyai kontak di kampung tersebut atau pernah ke mana-mana kawasan pedalaman baru-baru ini untuk memaklumkan segara kepada doktor sekiranya demam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU