ARTIKEL

MALANG.. Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari longkang. - Foto BBP Lutong

Penunggang motosikal jatuh longkang, maut dalam kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Miri: Balai Bomba dan Penyelamat Lutong menerima laporan kecemasan semalam berhubung seorang lelaki yang terjatuh ke dalam longkang di Riverview Senadi di sini.

Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar ada seorang mangsa bersama sebuah motosikal telah terjatuh ke dalam longkang, disyaki kemalangan kendiri di belakang rumah pelapor.

Setelah size-up dilakukan, pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa dengan menggunakan tali penyelamat sehingga selesai.

Mangsa, Ragana Jordan Ambon, diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan mangsa, 26 tahun, sudah meninggal.

Operasi dijalankan empat anggota bomba di bawah penyelia, PBK II Kebing Ngau, dengan bantuan enam anggota polis dan tiga kakitangan KKM.

MENINGGAL… Mangsa disahkan meninggal oleh kakitangan KKM. – Foto BBP Lutong

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU