ARTIKEL

MAUT… Penunggang dan pembonceng motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah motokar, pagi tadi.

Penunggang, pembonceng motosikal maut dalam kemalangan di Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERADONG: Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motokar di Jalan Skim B, Bintangor, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Polis (DSP) Tansli Mering berkata, kemalangan yang berlaku pada 4 pagi itu melibatkan sebuah motokar jenis Proton Preve dengan motosikal jenis Yamaha 125.

Katanya, pihak polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam sebelum pegawai penyiasat bersama-sama anggota trafik ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila motokar dalam perjalanan dari Sarikei menuju ke Jalan KJD melanggar motosikal yang berada di laluan yang sama.

“Penunggang serta pembonceng motosikal tersebut dipercayai terlibat dalam kemalangan lebih awal dan terbaring di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh motokar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, akibat kemalangan tersebut, penunggang serta pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sarikei, manakala pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujar Tansli, kawasan kejadian agak gelap dan jarak penglihatan adalah terhad.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang awam yang menyaksikan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Meradong di talian 084-693222.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa memandu khususnya pada waktu malam dan elakkan memandu sekiranya mengantuk atau di bawah pengaruh alkohol.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali