ARTIKEL

Penutupan sementara sebahagian jalan untuk kerja-kerja cerucuk gerudi berdekatan Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Wan Alwi Kuching.

Penutupan Sebahagian Jalan Wan Alwi Dilanjutkan Hingga 7 Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penutupan sebahagian Jalan Wan Alwi berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Bayor Bukit dan Jalan Urat Mata dilanjutkan selama sembilan hari, bermula 30 Julai hingga 7 Ogos 2026.

Sarawak Metro berkata, penutupan itu dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja cerucuk gerudi diteruskan di kawasan berkenaan.

“Orang ramai diminta mematuhi semua langkah pengurusan trafik, papan tanda jalan dan had laju ketika melalui kawasan tersebut.

Pelan lokasi kawasan kerja di persimpangan lampu isyarat Jalan Wan Alwi Kuching.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya.

“Langkah itu penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta pekerja pembinaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Sarawak Metro akan memaklumkan orang ramai sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan notis berkenaan.

Tambahnya, untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian KUTS di 1300-88-5887 dari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali pada cuti umum.

Pertanyaan juga boleh dikemukakan menerusi e-mel 555999@sarawak.gov.my atau info@mysarawakmetro.com

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan