ARTIKEL

Projek automasi HEP Batang Ai merupakan sebahagian daripada usaha Sarawak Energy untuk mendigitalkan infrastruktur penjanaan dan memperkemas sistem loji kuasa bagi pengurusan penjanaan kuasa dan sumber air yang lebih berkesan.

Penutupan terancang Loji Hidroelektrik (HEP) Batang Ai beri laluan kepada kerja menaik taraf sistem kritikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Sarawak Energy melakukan penutupan terancang Loji Hidroelektrik (HEP) Batang Ai bagi membolehkan kerja menaik taraf sistem kritikal untuk mendigitalkan penjanaan infrastruktur.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, syarikat itu memaklumkan, projek automasi bagi memperkemas sistem loji kuasa itu untuk membolehkan pengurusan penjanaan kuasa dan sumber air yang berkesan.

Projek itu, katanya, dilaksanakan dalam tiga peringkat dengan fasa pertama yang bermula pada 16 hingga 20 Mei, manakala fasa kedua dan ketiga akan dilaksanakan masing-masing pada 4 hingga 13 Jun, dan 27 Jun 2024.

“Sementara penutupan loji yang dirancang sedang berjalan, akan ada pelepasan air yang minimum atau tiada langsung dari HEP Batang Ai.

“Oleh itu, ia boleh menyebabkan paras air rendah di hilir HEP Batang Ai.

“Komuniti yang tinggal dan beroperasi di sepanjang hilir sungai sekitar Lubok Antu, yang mungkin terjejas disebabkan oleh paras air rendah, dinasihatkan untuk merancang dan mengamalkan pemuliharaan air dalam tempoh ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kemudahan rawatan air yang dikendalikan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) berhampiran mengesahkan pengambilan air mentah semasa masih mencukupi, dan kemungkinan berlaku gangguan kepada bekalan air adalah rendah.

Malah ujarnya, langkah mitigasi telah dilaksanakan, termasuk penggunaan pam berkuasa diesel untuk mengeluarkan air dari takungan HEP Batang Ai bagi bekalan hiliran jika diperlukan.

Selain itu katanya, terdapat empat anak sungai yang mengalir di sepanjang sungai dari HEP Batang Ai ke Loji Rawatan Air untuk memastikan aliran air yang konsisten dan mencukupi.

Sarawak Energy dan JBALB bekerjasama untuk memantau paras air di kemudahan rawatan bagi memastikan gangguan bekalan yang minimum.

“Usaha ini juga satu komitmen kita terhadap tanggungjawab alam sekitar, syarikat juga akan terus melaksanakan pelepasan penting aliran alam sekitar (atau aliran riparian minimum) hiliran untuk memelihara kesihatan dan integriti ekosistem sungai.

“Aliran air yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan habitat akuatik, menjaga kualiti air, dan mengekalkan keseimbangan ekologi sungai di hilir.

“Sarawak Energy menghargai kerjasama orang ramai sepanjang tempoh ini bagi memudahkan kelancaran pelaksanaan projek automasi,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan