ARTIKEL

Penyakit misteri di DRC disebabkan jangkitan Malaria teruk – Kementerian Kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KINSHASA: Penyakit misteri yang melanda Republik Demokratik Congo (DRC) dikenal pasti berpunca daripada jangkitan malaria teruk yang diperburukkan oleh kekurangan zat makanan, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa kesihatan lewat Khamis.

“Misteri ini akhirnya terungkai. Ia adalah jangkitan malaria teruk yang menyerupai penyakit pernafasan pada tubuh yang lemah akibat kekurangan zat makanan,” menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan media, merujuk kepada penyakit yang menular sejak Oktober lalu di zon kesihatan Panzi, wilayah Kwango di barat daya negara itu.

Menurut minit Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Presiden Felix Tshisekedi pada Rabu, sehingga minggu epidemiologi kedua 2025, sebanyak 2,774 kes direkodkan secara kumulatif, termasuk 77 kematian, mewakili kadar kematian sebanyak 2.8 peratus.

Kerajaan DRC pada Disember lalu menyatakan negara itu berada dalam “amaran maksimum” menghadapi penyakit ini yang sebelum ini tidak diketahui puncanya. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU