Penyerahan bantuan makanan PKP peringkat Dun Jemoreng

MATU: Penyerahan bantuan makanan Perintah Kawalan Berkurung diadakan hari ini bertempat di Dewan Suarah Matu di sini.

Upacara simbolik penyerahan disempurnakan oleh Aini Latip bagi mewakili Adun Jemoreng Datuk Juanda Jaya.

Bantuan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bencana Daerah Matu, Wan Hipni Wan Mohamad Pegawai Daerah Matu

Peruntukan ini adalah sebahagian daripada RM16.4 juta yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 29 Mac lalu.

Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri akan diperuntukkan RM200,000 untuk menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh PKP..

Bagi mematuhi arahan PKP, majlis ringkas tersebut hanya melibatkan kehadiran yang minimum dengan dihadiri para petugas Pejabat Daerah dan agensi kerajaan, kaunselor serta wakil daripada pusat khidmat.

Agihan bantuan akan disampaikan kepada semua ketua isi rumah di kawasan berkenaan.

Senarai penerima bantuan makanan ditentukan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian/Daerah yang terdiri daripada Residen, Pegawai Daerah, agensi-agensi kerajaan, Pusat Khidmat Adun dan NGO yang relevan.

 

Suara Sarawak