ARTIKEL

Facebook FIFA Club World Cup

Penyokong Chelsea, Man City ganas dilarang hadir Piala Dunia Kelab

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Kira-kira 150 penyokong Chelsea dan Manchester City yang sebelum ini dikenakan Perintah Larangan Bola Sepak tidak dibenarkan menghadiri Piala Dunia Kelab FIFA 2025 di Amerika Syarikat dari 15 Jun hingga 13 Julai 2025, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media Britain.

Menurut undang-undang baharu yang berkuat kuasa pada Rabu, mana-mana penyokong yang terlibat perlu menyerahkan dokumen perjalanan mereka termasuk pasport, atau berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tanpa had.

Piala Dunia Kelab kali ini bakal menyaksikan perubahan format baharu yang kali pertama diperkenalkan FIFA, dengan 32 kelab bertanding.

Pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan dan hanya akan bermain satu perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya yang menggunakan format kalah mati.
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$125 juta, manakala jumlah keseluruhan hadiah yang bakal diagihkan kepada 32 pasukan bertanding mencecah AS$1 bilion. – BERNAMA

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,