ARTIKEL

Gambar Hiasan

‘Penyondol’, Isteri Didenda Kerana Bergaduh Ganggu Ketenteraman Awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang ‘penyondol’ wanita dan isteri sah kepada seorang lelaki berusia 36 tahun, terpaksa akur menerima hukuman denda di mahkamah majistret hari ini, kerana bergaduh hingga mengganggu ketenteraman awam.

Tertuduh pertama Noor, 44, dan tertuduh kedua Azia, 40, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nuriena Syafika Mohd Najib.

Noor dijatuhkan hukuman denda RM200 atau penjara tiga hari. Manakala Azia dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara seminggu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bergaduh di tempat awam hingga mengganggu ketenteraman awam.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah Kampung di Jalan Muhibbah, sekitar 10 malam, 30 September lepas.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 159 Kanun Keseksaan yang Boleh Dihukum di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum penjara selama sehingga enam bulan, atau denda yang boleh sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, Azia didatangi Noor bersama-sama suaminya.

Noor bertindak memarahi Azia dengan memaki hamun menggunakan perkataan sesat, selain menumbuk muka.

Pergaduhan berlaku di antara mereka apabila saling bertumbuk hingga mengganggu ketenteraman awam.

Punca kejadian kerana Azia menjalinkan hubungan sulit dengan suami Noor sejak Julai lalu.

Laporan polis dilakukan Azia untuk tindakan.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua tertuduh masing-masing provokasi di antara satu sama yang lain sebelum perjumpaan tersebut.

Namun, setelah berjumpa bagi menyelesaikan salah faham berhujung menjadi satu pergaduhan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU