ARTIKEL

PEOPLElogy Sasar Lima Juta Rakyat Malaysia Isytihar Kesiapsiagaan A IMenjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: PEOPLElogy Bhd menyasarkan lima juta rakyat Malaysia mengisytiharkan kesiapsiagaan mereka dalam bidang kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030 menerusi gerakan kebangsaan yang bertujuan memperkukuh saluran bakat digital negara.

Syarikat transformasi tenaga kerja digital itu memaklumkan inisiatif berkenaan bertujuan membantu menangani kekurangan lebih 500,000 tenaga kerja berkemahiran AI di Malaysia, selain menyokong usaha merealisasikan potensi ekonomi bernilai RM50 bilion yang diunjurkan bagi ekonomi AI negara menjelang 2030.

Pengasas dan Pengarah Urusan Allen Lee berkata Minggu Kesiapsiagaan AI Kebangsaan (NAIRW) 2026 bertujuan merapatkan jurang antara kesedaran mengenai AI dengan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk bekerja secara berkesan bersama teknologi berkenaan.

“Kami melancarkan Minggu Kesiapsiagaan AI Kebangsaan sekarang kerana industri AI berada di persimpangan kritikal, ketika potensi ekonomi AI berkembang pesat, tenaga kerja kita berdepan jurang yang semakin melebar antara kesedaran secara pasif dengan keupayaan sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata gerakan “Saya Bersedia untuk AI” bertujuan mencapai lima juta pengisytiharan kesiapsiagaan AI oleh orang awam menjelang 2030 menerusi penilaian yang disahkan, Biasiswa Penguasaan AI dan komitmen daripada pemimpin perniagaan serta korporat.

“Bagi kami, kejayaan itu jelas. Kami berusaha mencapai lima juta pengisytiharan kesiapsiagaan AI oleh orang awam menjelang 2030, bagi memastikan melalui penilaian yang disahkan, biasiswa penguasaan yang aktif serta komitmen bersama daripada pihak pengurusan tertinggi dan perniagaan, ekonomi digital berkembang tanpa sesiapa pun tercicir,” katanya.

NAIRW 2026, yang akan berlangsung dari 12 hingga 18 Nov di dua lokasi di Lembah Klang adalah platform utama gerakan kebangsaan “Saya Bersedia untuk AI” selama 36 bulan yang dilancarkan pada Jun.

Sehingga akhir September, lebih 9,100 rakyat Malaysia telah mengisytiharkan kesiapsiagaan AI mereka, berbanding sasaran awal gerakan itu untuk mencapai 50,000 pengisytiharan menjelang akhir 2026 manakala lebih 800 perwakilan telah mendaftar untuk NAIRW 2026.

Acara selama seminggu itu akan menampilkan Sidang Kemuncak I’m AI READY untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), usahawan, pelajar serta tenaga kerja secara keseluruhannya; Persidangan Pemimpin Pasukan Membina Masa Depan untuk pemimpin korporat, sumber manusia dan kerajaan serta Anugerah Kecemerlangan AI Asia bagi mengiktiraf organisasi yang menerajui impak AI yang boleh diukur.

PEOPLElogy turut menawarkan Biasiswa Penguasaan AI bernilai RM3 juta bagi menyokong rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran dalam bidang AI manakala Menteri Digital Gobind Singh Deo dijadualkan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan AI Asia pada penutup majlis gala serantau.

Gerakan itu dilaksanakan dengan kerjasama MyDIGITAL Corporation, dengan PEOPLElogy menyasarkan edisi kedua NAIRW pada suku kedua 2027 sebagai sebahagian daripada komitmen selama 36 bulan untuk mencapai sasaran lima juta rakyat Malaysia menjelang 2030. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium