ARTIKEL

Manchester City, Pep Guardiola, kontrak, lanjutan, Liga Perdana Inggeris
Pep Guardiola membawa piala selepas Manchester City menjuarai EPL pada Mei 2024. - Foto: Action Images

Pep Guardiola lanjut kontrak bersama Manchester City hingga 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL, Turkiye: Manchester City pada Khamis mengesahkan bahawa pengurus, Pep Guardiola, yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim 2024/25, telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Manchester City sangat bermakna bagi saya,” kata Guardiola selepas majlis menandatangani kontrak.

“Ini adalah musim kesembilan saya di sini. Kami telah melalui begitu banyak detik luar biasa bersama.

“Saya mempunyai perasaan yang sangat istimewa untuk kelab bola sepak ini.

“Itulah sebabnya saya sangat gembira untuk kekal selama dua musim lagi,” tambahnya.

Di bawah bimbingan Guardiola, Manchester City menjadi kelab pertama yang merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) empat kali berturut-turut, dan pasukan pertama mencapai 100 mata dalam satu musim EPL.

Pengurus berusia 53 tahun itu telah membantu City memenangi 18 trofi utama dalam lapan musim penuh, termasuk enam gelaran EPL, satu gelaran Liga Juara-Juara UEFA, dan kejayaan ‘treble’ bersejarah pada musim 2022/23. – BERNAMA-AA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU