ARTIKEL

SENGIT... Antara sebahagian aksi perlumbaan yang dilangsungkan. | Foto: FAIZAL BUJANG

Perahu Naga Antarabangsa Sarawak: Saingan hari pertama sengit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Saingan hari pertama Perahu Naga Antarabangsa Sarawak Edisi Ke-12 sempena Regata Sarawak 2026 berlangsung sengit hari ini, menerusi 31 perlumbaan peringkat saringan.

Perlumbaan itu menyaksikan aksi bertenaga wakil pelbagai negara dan kelab tempatan, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang memenuhi Tebingan Kuching.

Antara kategori yang mencuri tumpuan ialah Lelaki 12 Pekayuh Tertutup Malaysia, yang menampilkan persaingan pasukan seperti Hornbill Dragon Boat Club Kuching, Dragon ARK, 13 Spirit X UNIMAS 13 dan Black Dragon.

Turut bersaing ialah KMD Raung X Labuk Bluran, Dragon Venture, Landas serta beberapa kelab tempatan lain.

Pasukan yang layak akan meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir bagi merebut tempat dalam kelompok tiga terbaik.

Seramai 2,450 peserta daripada 80 pasukan mewakili 22 negara mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan, termasuk dua kategori baharu iaitu Lelaki 12 Pekayuh Tertutup Malaysia dan Terbuka Senior B Antarabangsa 12 Pekayuh bagi peserta berusia 50 tahun ke atas.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Australia, China, Jepun, Indonesia, Singapura dan Filipina, selain penyertaan baharu dari Liechtenstein, Vietnam, Kemboja, Argentina, Fiji, Moldova dan Mexico.

BERITA LAIN

Kestabilan, rekod pembangunan jadi kekuatan GPS

KUCHING: Kestabilan politik dan rekod pembangunan meletakkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada kedudukan strategik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, namun gabungan itu perlu

PRN-13 peluang rakyat nilai prestasi GPS

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 memberi peluang kepada rakyat menilai pencapaian kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta menentukan hala tuju pembangunan negeri bagi

BERITA TERBARU