ARTIKEL

Datuk Fazzrudin Abdul Rahman

PRN-13 peluang rakyat nilai prestasi GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 memberi peluang kepada rakyat menilai pencapaian kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta menentukan hala tuju pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober ini membuka ruang kepada rakyat melaksanakan hak demokrasi untuk memilih kerajaan negeri.

Mandat yang diberikan kepada GPS pada Disember 2021 membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi, infrastruktur dan perkhidmatan awam, selain mempertahankan hak serta kepentingan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Fazzrudin, yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak berkata, PBB akan memberi keutamaan kepada kesiapsiagaan organisasi, penyelarasan jentera akar umbi dan pendekatan bersama masyarakat menjelang PRN-13.

Persiapan itu turut memerlukan rundingan dan kerjasama antara semua parti komponen GPS bagi memastikan gerak kerja pilihan raya dilaksanakan secara tersusun.

Beliau berkata, persiapan bukan sekadar melibatkan jentera parti, malah memastikan wakil rakyat memahami harapan masyarakat, menjelaskan pencapaian sepanjang penggal dan bersedia membentangkan perancangan pembangunan seterusnya.

Kos sara hidup, pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, perumahan dan kemudahan infrastruktur asas dijangka menjadi antara isu utama diberi perhatian pengundi.

Rakyat akan menilai sejauh mana transformasi ekonomi Sarawak dalam sektor tenaga, teknologi dan pelaburan industri mampu membuka peluang serta meningkatkan kesejahteraan keluarga.

Mengulas pengundi muda dan pengundi kali pertama, Fazzrudin berkata, GPS perlu memahami harapan golongan itu dan tidak menganggap sokongan mereka akan kekal tanpa usaha berterusan.

Golongan muda semakin peka terhadap pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan bermakna, gaji kompetitif dan perumahan mampu milik. Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) serta pelaburan dalam industri baharu turut menjadi sebahagian daripada usaha menyediakan tenaga kerja untuk masa depan negeri.

Beliau berkata, pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) perlu disusuli usaha memastikan pelaburan mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh perniagaan tempatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan awam di seluruh Sarawak.

Justeru, katanya, kejayaan transformasi ekonomi negeri tidak seharusnya diukur berdasarkan nilai pelaburan atau jumlah projek yang diumumkan semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira peningkatan pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan, akses kepada perkhidmatan asas dan kualiti hidup rakyat.

Beliau menegaskan, keputusan kembali kepada peti undi memberi rakyat hak menentukan masa depan Sarawak.

BERITA LAIN

GPS perlu teruskan agenda pembangunan negeri

KUCHING: Rakyat Sarawak diseru terus memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri di bawah

GPS ada kelebihan strategik menjelang PRN-13

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai beberapa kelebihan strategik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, termasuk rekod pembangunan, kestabilan politik serta kekuatan jentera dan

BERITA TERBARU

GPS perlu teruskan agenda pembangunan negeri

KUCHING: Rakyat Sarawak diseru terus memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri di bawah

Rakyat harap PRN lahirkan kepimpinan berwibawa

MUKAH: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak membuka ruang kepada rakyat memilih wakil rakyat yang mampu memperjuangkan kepentingan mereka serta meneruskan pembangunan negeri pada Pilihan