Trending

Perak FC sedia ke mahkamah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PERAK FC bersedia menyelesaikan isu tuntutan bayaran baki gaji susulan pemecatan dan penamatan kontrak bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim yang didakwa tidak sah di Mahkamah Perusahaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsudin berkata pihaknya masih menunggu pemakluman berkaitan perkara itu daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Perak untuk tindakan lanjut.

“Perkara yang membabitkan proses mahkamah kita tak sepatutnya komen dengan lebih lanjut kerana ia akan ganggu proses (pengadilan) di mahkamah nanti.

“Apa pun biar mahkamah yang adili sebab kita dah lalui proses pertama dan kedua untuk perdamaian.

Apabila tak berjaya, apa sahaja yang diputuskan oleh mahkamah kita akan terima,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 11 November lepas, peguam Adam Yap Boon Han yang mewakili Teong Kim mengesahkan isu tuntutan gaji bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) terhadap Perak FC itu akan diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan.

Beliau dalam kenyataan sama memaklumkan tindakan berkenaan adalah jalan terbaik untuk memastikan kemelut berkenaan berjaya diselesaikan selepas proses perbincangan membabitkan keduadua pihak menemui jalan buntu.

Sementara itu, Bobie Farid berkata dalam proses perbincangan yang dilakukan antara kedua-dua pihak sebelum ini, Perak FC ada mengemukakan tawaran tertentu namun tidak dipersetujui Teong Kim.

“Perak FC ada kemukakan tawaran tetapi mereka yang tidak terima.

Bagi pihak Perak FC, kita tiada masalah, kalau dia terima apa yang kita tawarkan maka kita selesaikan,” katanya. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru