SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Peralihan Monsun sehingga pertengahan Mei depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

KUCHING: Fasa peralihan Monsun dijangka bermula pada 23 Mac ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2022/23 yang telah bermula sejak 7 November tahun lalu.

Katanya, semasa fasa peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. 

Kejadian ini ujarnya, berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. 

Menurut kenyataan itu lagi, keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini di samping sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Baca lain  Lima individu ditahan tanam pokok ganja di Sungai Bidut 

 Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagisebarang pertanyaan lanjut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru