ARTIKEL

Peranan ibu bapa suntik minat anak bermain alat muzik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ibu bapa digalakkan untuk menyuntik minat anak-anak dalam bermain alat muzik supaya dapat menjadi saluran untuk meluahkan perasaan selain mengasah kemahiran dan bakat.

Demikian tegas Setiausaha Politik Premier Kho Teck Wan yang menyatakan bahawa anak-anak ini perlu didisiplinkan melalui alat muzik.

“Oleh itu, saya berharap ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka mengambil sebarang alat muzik untuk dipelajari.

“Satu hari nanti anak-anak ini akan merasa cukup bertuah kerana boleh melakukan sesuatu semasa mereka kesepian mahupun kecewa. Mereka boleh bermain alat muzik yang menjadi saluran untuk meluahkan perasaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Persembahan Nyanyian dan Koir oleh Alumni Koir Sekolah Chung Hua No.1(CHMS1) di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menyifatkan program yang dianjurkan oleh Persatuan Koir Pertama Kuching dan Persatuan Koir Alumni CHMS No. 1 bukan sahaja menemui bakat baru malah menyatukan pelbagai kaum.

Jelasnya, percaya dengan program seperti itu dapat berkumpul bersama-sama belajar tentang budaya dan akhirnya membawa kepada persefahaman sekali gus membentuk perpaduan.

Baca lain  Mekanik ditemui mati di Pantai Kem Belia Mukah

Dalam program tersebut, sebanyak enam persembahan nyanyian dan koir yang terdiri daripada persembahan alumni dan persembahan duet dan solo dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Alumni CHMS1AA, Choo Chern Tak, Pengerusi Persatuan Koir Pertama Kuching George Tay Wee dan Pengetua CHMS1 Yap Chong Gua.

Rakam Kenangan..Kho Teck Wan merakam kenangan bersama peserta dan penonton.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU