ARTIKEL

Perancangan kewangan penting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Masyarakat Dayak diingatkan agar mengamalkan perbelanjaan secara berhemah sepanjang musim perayaan Gawai bagi mengelakkan tekanan kewangan yang menjejaskan kesejahteraan keluarga.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, sambutan Gawai tidak seharusnya diraikan secara berlebihan atau berlarutan sehingga membebankan kedudukan kewangan isi rumah.

Menurut beliau, perancangan kewangan yang teliti amat penting bagi memastikan setiap perbelanjaan dibuat secara terkawal dan mengikut keutamaan.

“Jika boleh, sambutan Gawai dihadkan dalam tempoh tertentu supaya perbelanjaan tidak berlebihan dan kewangan keluarga kekal terurus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Mantar Gawai Dayak Sebauh 2026 di sini, yang turut dihadiri Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri, Datin Amar Dato Doreen Mayang.

Menurutnya, masyarakat perlu lebih bijak dalam mengurus kewangan dengan mengambil kira keperluan jangka panjang, termasuk perbelanjaan pendidikan anak-anak yang masih bersekolah.

Jelas Rundi, yang juga ADUN Kemena, pengurangan perbelanjaan yang tidak perlu mampu membantu memastikan sumber kewangan dapat disalurkan kepada perkara lebih penting serta memberi jaminan kestabilan ekonomi keluarga.

“Langkah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran, malah membantu menjamin kesejahteraan keluarga dalam jangka masa panjang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat terus mengamalkan sikap sederhana dalam berbelanja agar kemeriahan sambutan Gawai dapat dinikmati tanpa menjejaskan kedudukan kewangan masing-masing

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke