ARTIKEL

GAMBAR FAIL: Kenderaan Pasukan Interim PBB Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dipandu di jalan utama di Qlayaa, ketika permusuhan antara Israel dan Hezbollah semakin memuncak, sementara konflik Amerika Syarikat–Israel dengan Iran berterusan, di Qlayaa, selatan Lubnan, 27 Mac 2026. REUTERS/Karamallah Daher

Perancis, Itali Rancang Tubuh Gabungan Pasca-UNIFIL Untuk Lubnan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIS: Perancis dan Itali bersetuju untuk menubuhkan gabungan multinasional bagi menyokong Lubnan selepas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menamatkan misinya pada Disember, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Khamis, lapor Xinhua.

Macron membuat kenyataan itu pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni yang dalam lawatan di bandar Antibes di selatan Perancis.

“Kami mahu melancarkan gabungan untuk pengaturan pasca-UNIFIL, pastinya dengan penyelarasan dengan Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk mengukuhkan kedaulatan Lubnan dan angkatan tenteranya,” kata Macron.

Beliau menambah inisiatif itu bertujuan membantu menghalang wilayah Lubnan daripada menjadi sumber ketegangan serantau dan peningkatan konflik yang lebih teruk.

Meloni mengulangi kenyataan Macron, berkata adalah penting untuk memastikan kehadiran antarabangsa di Lubnan bagi mengelakkan lompang keselamatan yang “sangat berbahaya”.

Selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan 2790, UNIFIL akan menghentikan operasinya pada 31 Dis, dan, bermula pada tarikh ini, menyelesaikan penarikan diri dan pengunduran kakitangannya dari Lubnan dalam masa setahun. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU