ARTIKEL

Perang Covid-19: Suku asli Amazon sekat jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BRASILIA: Warga suku asli Amazon suku Kayapo Mekranoti terus menyekat jalan yang ditutup sejak Isnin lepas. Sekatan itu bertujuan menuntut kerajaan Brazil pimpinan Presiden Jair Bolsonaro membantu mereka menghadapi penularan wabak Covid-19.

Mereka menuntut kerajaan mengeluarkan wang ganti rugi atas kerosakan alam sekitar pembinaan jalan raya yang melalui wilayah mereka.

Mereka turut menuntut dana tersebut digunakan untuk memerangi perlombongan haram dan pencerobohan hutan.

Meskipun mengenakan sekatan dengan membawa pelbagai senjata tradisional, orang asli ini masih membenarkan trak melewati jalan BR-163 tersebut yang merupakan jalan utama penghubung pusat pertanian barat-tengah Brazil ke pelabuhan Sungai Amazon, dua hari terakhir.

Sekatan menyebabkan jalan tersebut sesak dengan trak mengangkut jagung dan kacang soya berbaris panjang di luar kota Novo Progresso, Para.

Pemimpin puak orang asli itu, Mudjere Kayapo berkata, mereka tetap mengadakan sekatan di situ sehingga kerajaan menghantar wakil berbincang.

Sebelum ini hakim Persekutuan memerintahkan penunjuk perasaan berundur dengan alasan menyebabkan ekonomi rosak.

Kumpulan orang asli Kayapo Mekranoti memperingatkan mereka tidak mahu bertarung.

Pada masa yang sama mereka tidak bersedia menerima kedatangan tentera atau polis yang bertujuan memindahkan mereka secara paksa.

Data menunjukkan, 26,000 puak orang asli Brazil dijangkiti Covid-19 dan 690 daripadanya meninggal dunia.

Foto AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha