ARTIKEL

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika hadir pada persidangan DUN, hari ini. Gambar Ramidi Subari

Perbelanjaan tambahan RM68,746,470 untuk tahun ini diluluskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024), 2024 dengan perbelanjaan tambahan RM68,746,470 untuk tahun ini.

Rang Undang-undang (RUU) itu dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan disokong oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Uggah, yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, berkata perbelanjaan tambahan itu adalah untuk menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung oleh pelbagai kementerian dan jabatan, yang mana dana tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam Anggaran 2024 dan Anggaran Tambahan Pertama, 2024.

Beliau juga mengemukakan usul merujuk kepada Jawatankuasa Pembekalan, Anggaran Perbekalan Pertama bagi Perbelanjaan Pembangunan, 2024 yang dibentangkan pada Isnin lalu (11 November).

“Terdapat 22 sub aktiviti dan 24 sub aktiviti yang memerlukan peruntukan tambahan. Jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan ialah RM61,000,230,” katanya.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.