ARTIKEL

Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang bersalaman dengan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri di BCCK.

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini kedua-dua pihak mengkaji mekanisme untuk Kerajaan Sarawak boleh membangunkan projek terbengkalai termasuk klinik kesihatan dan sekolah daif.

Selain itu, katanya Kerajaan Persekutuan membayar balik kepada Kerajaan Sarawak kerana pendidikan dan kesihatan masih lagi di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

“Tapi yang kita buat ialah satu kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan, kita (Kerajaan Sarawak) mendahulukan pembangunan tersebut menggunakan dana yang ada dan kemudian Kerajaan Persekutuan membayar balik kepada kita.

“Ini bagi mempercepat perkara yang sangat mustahak iaitu klinik kesihatan termasuk rumah untuk kakitangan serta sekolah termasuk kuarters guru dalam keadaan baik dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak yang dihadiri lebih 13,000 pengunjung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Baca lain  Anggota bomba diingatkan agar sentiasa jaga perpaduan

Menjelas lanjut, mekanisme itu juga sudah dipersetujui antara beliau sendiri dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk di peringkat pegawai kedua-dua kerajaan.

Abang Johari menambah, satu jawatankuasa khas antara Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak juga ditubuhkan bagi memperhalus isu berkenaan tanpa birokrasi, yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ini pertama kali Kerajaan Negeri mendahulukan kerja dan Persekutuan membayar balik, bukan bermakna Sarawak banyak duit, tapi yang kita kerjakan adalah kalau Sarawak ada dana yang boleh membantu kerajaan Persekutuan, jadi kita gunakanlah.

“Yang penting rakyat mendapat sekolah dan klinik yang selesa dan kemudian dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini dilaporkan berkata, satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) diadakan bulan ini bagi memuktamadkan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak dan Sabah.

Baca lain  Dua wanita dipenjara tujuh bulan kerana dadah

Katanya, mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri dalam pengurusan hal ehwal pendidikan dan kesihatan.

Sebelum ini, Perdana Menteri bersetuju satu jawatankuasa khas antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak ditubuhkan bagi memperhalus isu sektor pendidikan dan kesihatan di negeri itu tanpa birokrasi.

Sementara, Abu Bakar dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan menjurus kepada projek pendidikan dan kesihatan Persekutuan.

“Pegawai (kerajaan) negeri bekerjasama dengan pegawai Persekutuan bagi membincangkan perkara yang perlu diambil tindakan segera agar kurang birokrasi dan pastikan projek (berkaitan dua sektor) ini dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Foto: Ukas

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU