ARTIKEL

DR. Richard selepas menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat CENTEXS Betong 2025 di Dewan Panglima Rentap, malam tadi. Foto. OSMAN RAZALI

Percepat pembangunan kampus tetap CENTEXS Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Dalam usaha mempercepat pembangunan kampus tetap Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di Betong, Datuk Dr. Richard Rapu menggesa agar sebarang karenah birokrasi yang tidak perlu, harus dielakkan.

Ahli Parlimen Betong itu berkata, selepas genap enam tahun penubuhan CENTEXS Betong, sudah tiba masanya institusi penyedia bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di kawasan tengah Sarawak itu mempunyai kampus tetap.

DR Andrew menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada Dr. Richard Rapu pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat CENTEXS Betong 2025 di Dewan Panglima Rentap, malam tadi. Foto. OSMAN RAZALI

“Usaha mewujudkan kampus tetap CENTEXS Betong sangat signifikan ketika ini, lebih-lebih lagi dengan fokus usaha Kerajaan Sarawak untuk meneroka bidang ekonomi baharu yang sangat memerlukan tenaga mahir.

“Saya berharap penubuhannya berjalan lancar selepas Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan perkara itu (penubuhan kampus tetap) tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat CENTEXS Betong 2025 di Dewan Panglima Rentap, malam tadi.

Beliau memaklumkan, tapak kampus berkenaan juga telah dikenal pasti.

Sementara itu, Pengurus Cawangan CENTEXS Betong Dr Andrew Emparan menyatakan pencapaian sejak 2019 hingga 2024, seramai 375 pelatih berjaya menamatkan latihan, manakala 76 pelatih masih aktif.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU