ARTIKEL

Percepatkan baik pulih sekolah daif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan digesa untuk mempercepatkan projek membina dan membaik pulih sekolah daif
di seluruh Sarawak.

Ketua Whip GPS Datuk Fadillah Yusof berkata, kerajaan terdahulu memperuntukkan dana jauh lebih besar bagi tujuan berkenaan.

Katanya, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk Sarawak berbanding peruntukan RM738 juta untuk sekolah daif di seluruh negara.

“Dan, Kerajaan Sarawak membayar pendahuluan RM350 juta sebagai kontra bayaran RM1 bilion kepada Kerajaan
Persekutuan,” jelas Fadillah.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu menambah, rancangan itu perlu dipercepatkan pelaksanaan projek demi kelangsungan pendidikan anak-anak negeri ini.

Untuk rekod, bayaran sebanyak RM1 bilion itu dibuat secara berperingkat-peringkat untuk pembayaran pertama, Kerajaan Sarawak telah membayar RM300 juta, pembayaran kedua RM300 juta dan pembayaran ketiga RM400 juta.

Jumlah pembayaran pendahuluan itu akan diselesaikan dalam tempoh dua tahun.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU