ARTIKEL

Percepatkan bayar elaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Kerajaan Persekutuan digesa untuk mempercepat bayaran elaun untuk penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) seperti yang telah dimaklumkan kelasa Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR) Lt. Kol (B) Mohd Melintang Abdullah berkata, perkara tersebut perlu diambil perhatian serius kerana ia digunakan untuk menjaga kebajikan dan mengingati jasa tentera yang telah bertungkuslumus menjaga keamanan negara.

“Saya mewakili para veteran meminta perkara ini dapat diuruskan oleh pihak berkaitan dengan segera untuk kebaikan para penerima PJM ini,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Melintang memberitahu pada 1 November lalu, ahli PVTKR Sri Aman yang diketuai oleh beliau sendiri telah menyerahkan sumbangan RM2,500 kepada anak mendiang Bujang Berani, Datuk Sarjan Awang Raweng iaitu Tuai Rumah Panggau Awang di Taman Padri, di sini.

Katanya, sumbangan tersebut adalah hasil kutipan ahli PVTKR yang sering menjaga kebajikan keluarga kepada ahli persatuan tersebut.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada ahli PVTKR yang telah ringan tangan untuk membantu serta melawat Tuai Rumah Panggau sekeluarga,” ujarnya.

Sekitar 15 ahli PVTKR bersama Melintang melawat serta menyerahkan sumbangan kepada anak mendiang Bujang Berani negara itu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU