ARTIKEL

Percepatkan transformasi digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bank Islam Malaysia Berhad menjalin kerjasama dengan MESINKIRA Sdn Bhd untuk mengguna pakai penyelesaian bersepadu pengurusan perniagaan mudah alih hujung ke hujung bagi menyokong usahawan mikro yang kurang mendapat akses perbankan dalam mendigitalkan operasi perniagaan mereka.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata dengan menggunakan aplikasi mudah alih MESINKIRA, usahawan mikro akan dapat merekodkan hasil jualan secara digital, menerima pembayaran pelbagai mod dan mengesan inventori dan perbelanjaan perniagaan mereka.

“Bank Islam akan turut memanfaatkan penyelesaian Papan Pemuka Impak MESINKIRA untuk menilai prestasi para usahawan mikro dengan lebih lanjut dan menganalisis keberkesanan program pembiayaan mikro bagi mewujudkan peningkatan status sosioekonomi dalam kalangan usahawan tersebut,” katanya.

Bank itu berkata pelanggan pembiayaan mikronya di bawah Program iTEKAD akan mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut.

Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam, Mohd Nazri Chik berkata kerjasama itu akan menyediakan peluang pertumbuhan kepada usahawan ikro dan membantu mereka menjadi celik kewangan, sejajar dengan komitmen bank untuk mewujudkan impak sosial melalui keusahawanan dan ekosistem ewangan sosial.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MESINKIRA Syed Omar Syed Abu Bakar Almohdzar berkata kerjasama itu akan mewujudkan ekosistem yang lebih inklusif upaya dapat memenuhi keperluan khusus pasaran sasarannya, selaras dengan inisiatif kerajaan dalam menyokong segmen yang kurang mendapat akses prbankan. – Bernama 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan