ARTIKEL

Perdana Menteri Lawat Sabah, Tinjau Situasi Kebakaran Di Sandakan Hari Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan lawatan ke Sabah hari ini bagi meninjau sendiri situasi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan yang meranapkan 1,000 rumah pada Ahad lepas.

Beliau dijangka memulakan tinjauan di lokasi bencana berhampiran Masjid Kampung Bahagia pada 4.20 petang, sebelum meluangkan masa menziarahi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa.

Anwar dijadualkan melawat mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gas pada 4.35 petang, disusuli lawatan ke PPS Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi pada 5 petang.

Lawatan kerja beliau itu akan diakhiri dengan tinjauan ke PPS Dewan Lintas Sibuga pukul 5.30 petang.

Kunjungan itu juga bagi memastikan kelancaran pengurusan serta penyaluran bantuan kepada semua pihak yang ditimpa musibah.

Dalam kejadian pada Ahad itu, ribuan penduduk di perkampungan atas air berkenaan terjejas akibat kebakaran yang melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.
— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai