ARTIKEL

Peres Rehat Dua Bulan, Terlepas Aksi Menentang Selangor FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC menerima tamparan hebat menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA 2026/2027 menentang Selangor FC, Ahad ini apabila pertahanan import, Gabriel Peres disahkan terpaksa berehat selama dua bulan selepas menjalani pembedahan lutut.

Ketiadaan tonggak pertahanan itu menambah keresahan skuad The Cats yang perlu bangkit daripada kekalahan 1-2 pada aksi pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 23 Oktober lalu, bagi merebut tiket ke pentas final.

Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak berkata, kehilangan Peres bersama-sama beberapa pemain utama lain akibat kecederaan memberi kesan kepada perancangan pasukan, terutama ketika berdepan jadual pertandingan yang padat.

“Peres terpaksa berehat selama dua bulan selepas menjalani pembedahan lutut, manakala Ronald Ngah Wanja juga tidak dapat diturunkan.

“Ramai mungkin tidak memahami betapa sukarnya keadaan apabila sesebuah pasukan kehilangan pemain utama, terutama ketika perlu mengharungi beberapa pertandingan penting,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Peres kali terakhir menyarung jersi Kuching City ketika menentang Selangor dalam separuh akhir pertama Piala FA, dengan beliau beraksi sepanjang 90 minit sebelum diketepikan akibat kecederaan.

Menurut Aidil, senarai kecederaan turut melibatkan Jimmy Raymond yang mengalami kecederaan ibu jari kaki, Ajdin Mujagic (pangkal paha) serta Ahmad Israiwah, sekali gus mengehadkan pilihan pemain bagi menghadapi dua perlawanan penting dalam tempoh empat hari.

BERITA LAIN

PRU Sarawak: Prestasi Calon Jadi Penentu

KUCHING: Tempoh berkempen selama 14 hari bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 dilihat mencukupi untuk membolehkan pengundi menilai prestasi calon serta kerajaan sepanjang penggal

BERITA TERBARU

PRU Sarawak: Prestasi Calon Jadi Penentu

KUCHING: Tempoh berkempen selama 14 hari bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 dilihat mencukupi untuk membolehkan pengundi menilai prestasi calon serta kerajaan sepanjang penggal